Jagung Manis - Pelajar Praktikal

Salam Pertanian.

Setelah pengambilan baru pelajar praktikal untuk bulan Januari 2014 dari Kolej Poly-Tech MARA Kelantan, Projek kebun sayur telah mula diusahakan, dari hari pertama lagi pelajar didedahkan dengan pengalaman projek usahawan-tani dari A to Z, dari cara dan teknik pembersihan kawasan, penyedian tanah tanaman, penanaman dan penjagaan tanaman, penyelengaraan dan kawalan kawasan tanaman hinggalah teknik penuaian dan penjualan. kami IME berharap sedikit sebanyak para pelajar dapat mengambil manfaat dari pengalaman yang singkat ini untuk diadaptasikan dimasa akan datang.

Projek : Tanaman Jagung Manis,Sweet Corn, Sugar Corn, Pole Corn, Zea mays convar.
Keluasan : 1 Relung (percubaan)
Fasa Pertama : Pembersihan Kawasan
Tarikh : 14 Januari 2014





INFO TANAMAN JAGUNG MANIS

Pengenalan

Nama Saintifik : Zea Mays convar. var saccharata. rugosa;
Nama Tempatan : Jagung Manis/Sweet Corn, Sugar Corn, Pole Corn, Manis Madu, Thai SuperSweet.
Keluarga : Gramineae
Order : Poales

Jadual Khasiat Dalam Setiap Biji Jagung Mentah

Nilai pemakanan bagi setiap 100 g (3.5 oz) 
1. Tenaga  = 360 kJ (86 kcal) 
2. Karbohidrat = 19.02 g 
- Gula = 3.22 g 
- Serat = 2.7 g 
3. Lemak = 1.18 g 
4. Protein = 3.2 g 
- Tryptophan = 0,023 g 
- Threonine = 0.129 g 
- Isoleucine = 0.129 g 
- Leucine = 0,348 g 
- Lysine = 0.137 g 
- Methionine = 0,067 g 
- Cystine = 0.026 g 
- Phenylalanine = 0.150 g 
- Tirosin = 0,123 g 
- Valine = 0,185 g 
- Arginine = 0,131 g 
- Histidine = 0.089 g 
- Alanin = 0,295 g 
- Asid Aspartik = 0.244 g 
- Asid Glutamik = 0,636 g 
- Glycine = 0.127 g 
- Proline = 0,292 g 
- Serine = 0,153 g 
5. Air = 75,96 g 
6. Vitamin A (terhasil daripada ramuan asli tumbuh) = 9 μg (1%) 
7. Thiamine (B1 vit.) = 0,200 mg (17%) 
8. Niasin (B3 vit.) = 1,700 mg (11%) 
9. Folat (vit. B9) = 46 μg (12%) 
10. Vitamin C = 6.8 mg (8%) 
11. Iron = 0.52 mg (4%) 
12. Magnesium = 37 mg (10%) 
13.Kalium = 270 mg (6%) 
Satu saiz sederhana tongkol jagung (6 - ¾ 7 - ½ inci panjang) mempunyai 90 gram biji benih secara kasar
Sumber: USDA Nutrient Database 

Fokus Jagung

Jagung tergolong dalam keluarga yang sama dengan tanaman seperti padi, gandum dan tebu, jagung manis atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Manis Madu, atau Thai Supersweet adalah varieti keluarga tanaman jagung yang memiliki kandungan gula yang tinggi. Jagung manis ini juga terhasil daripada mutasi genetik atau baka yang berlaku secara semula jadi atau komposit dalam gen yang mengawal penukaran gula kepada kanji di dalam endosperm/gedung makanan bagi embrio tumbuhan yang mengandungi kanji protein dan pelbagai nutrian makanan penting daripada kernel gandum. Di luar negara seperti barat dan eropah tidak menuai hasil tanaman jagung manis seperti jenis jagung yang lainnya, yang hanya dituai apabila biji kering dan matang (peringkat kemik) untuk dijadikan produk asas hiliran tani seperti tepung atau gandum seperti varieti jagung bijiran Suwan IC7 dan Suwan 3, manakala jagung manis dipetik daripada peringkat separa matang atau awal matang (peringkat awal buah) dan disediakan untuk jamuan atau hidangan serta dimakan sebagai sayur-sayuran mentah, dan bukannya seperti bijiran lainnya kerana proses kematangan varieti jagung manis melibatkan penukaran kandungan gula kepada kanji, oleh itu kaedah pemakanan bijiran ini mengurangkan khasiat dan kelebihan jagung manis yang mana lebih baik jika ianya dimakan segar, menjadikan makanan dalam tin, atau dibekukan, sebelum butiran jagung menjadi keras dan berkanji. 

Berbanding tanaman sekeluarganya seperti padi atau gandum aktiviti tanaman jagung adalah lebih kecil samada dari segi keluasan mahupun pengeluaran. Di Malaysia dalam tahun 1985, seluas 2136 hektar jagung ditanam dengan jumlah pengeluaran sebanyak 5746 tan sahaja dan pada tahun 1996, hampir 4000 hektar ditanam dan kebanyakannya adalah dari varieti jagung manis. walaupun tidak kurang permintaan namun ketika itu para pengusaha merasakan ianya tidak menguntungkan bagi pihak petani kerana pengimportan jagung yang buat oleh Malaysia sebanyak 981935 mt yang bernilai $255.1 juta ringgit terlalu tinggi dan dapat menampung pemrmintaan sektor permakanan atau ternakan, yang mana ketika itu harga jagung import lebih murah dari hasil tempatan. pada tahun 1996 RM 873.5 juta dibelanjakan untuk mengimport 2.54 juta tan jagung untuk memenuhi permintaan sektor ternakan dan pada tahun berakhir 2011 angka itu semakin menurun sebanyak purata 2,052.6 tan setahun namun dengan peratusan ini Malaysia masih lagi membelanjakan jutaan ringgit untuk menampung jumlah pengimportan jagung untuk sektor pemprosesan dan makanan bagi tanaman jagung, Jelas bahawa hal ini perlu diambil langkah segera terutamanya oleh para petani muda alaf baru agar dapat mengelak kecenderungan untuk mengimport tanaman berkenaan, walhal tanaman ini (jagung) amat memberi penjanaan pendapatan yang tinggi kepada para petani dalam masa yang sama membantu negara mengurangkan pengimportannya dari luar, lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini. Pihak pertanian perlu juga memberi perhatian serius kepada petani alaf baru dalam projek yang mereka jalankan, dan membantu dari segi teknikal, pengetahuan, mahupun perbelanjaan kewangan, insyallah ianya akan menjadi "win-win situation" kepada kedua-dua pihak, negara dan petani sendiri.

* Setakat ini dulu pengenalan tanaman Jagung atau Jagung Manis, Pos hadapan akan dikongsikan mengenai perjalanan projek tanaman jagung IME+Practical Student (KPTM) dan diselitkan dengan prihal Pembajaan dan Pengurusan Air Tanaman Jagung, Serangan dan Penyakit Tanaman Jagung serta Mengenal Pasti Tanda-tanda Kekurangan Nutrien Tanaman Jagung.

Terima Kasih, Wasallam.

Comments

Popular Posts