Pengunaan Input Pertanian
maka disini cuba saya sedarkan pada semua petani Malaysia yang penggunaan input pertanian kimia dan organik ada kelemahan dan kelebihan masing-masing :
Input kimia
Terdapat pelbagai jenis atau brand baja kimia dipasaran, tapi dapatkah kita bezakan yang mana baja tempatan dan yang mana import. mari kita sama-sama selidik :
* Baja N.P.K (hijau/merah/biru)
Baja N.P.K diambil nama dari
N = Nitrogen- Bertindak sebagai satu enzim pada keupayaan daun yang subur,
P = Phosporus - Berkeupayaan menyuburkan akar, bunga dan buah,
K = potassium- Bertindak menghasilkan MAKRO pada tumbesaran batang atau pokok tersebut.
Pengunaan baja ini terlalu kerap tidak dapat menjamin tahap kesuburan tanah, ini kerana ia akan menjadikan tahap pH tanah kita terlalu beracid pada tahap 8-7, ini kerana unsur N (Nitrogen) akan mengeluarkanfont-family: arial;" rel="File-List" href="file:///C:%5CDOCUME%7E1%5CShahir%5CLOCALS%7E1%5CTemp%5Cmsohtml1%5C11%5Cclip_filelist.xml"> ammonium ion pada kadar yang tinggi yang bertindak balas sebagai penderma proton dalam tanah, ia menyebabkan tanah kita beracid.
Terdapat dua jenis baja ini di pasaran, tempatan dan import.
Baja N.P.K tempatan boleh didapati dengan harga yang murah lingkungan RM 80.00-85.00 sahaja, akan tetapi baja N.P.K import harganya agak mahal jika dibandingkan keduanya, lingkungan RM 140.00-150.00/50kg, ini kerana penggunaan unsur fiber atau pelawas pada makanan yang diserap oleh tumbuhan, ia memainkan peranan yang penting pada tumbuhan, dan penggunaaan baja itu sendiri, ini kerana beberapa peratus baja tidak dapat diserap oleh tumbuhan jika unsur tersebut kurang dalam kandungan baja.
p/s-Terpulang bagi pertani yang nak hasil banyak tapi loket duit baja, jangan marahkan baja tak bagus, tapi sendiri yang save ;p.
* Baja Foliar (semburan vitamin)
Terdapat pelbagai Vitamin tumbuhan di pasaran antaranya memberi kesan sampingan pada kadar kegunaan, dan juga sebaliknya.
Harap para petani dapat bezakan baja yang berkualiti dan yang tidak berkualiti, semua jenis baja semburan mempunyai campuran compound asas untuk menghasilkan baja tersebut, akan tetapi mengikut pada citarasa pengeluar untuk menghasilkan baja terbaik, jika pengeluar hanya menghasilkan baja campuran asas sahaja maka petani perlu menimbangkan kembali penggunaan baja tersebut, kerana ia hanya campuran yang asas sahaja, tanpa tambahan compound kimia yang lain atau extract yang lain.
P/s Kureng berkualiti;p
Input Organik
Sememangnya kita tahu bahan organik adalah pati baja yang cukup terbaik pada tumbuhan, tapi dapatkah kita bezakan yang mana pure yang mana campuran.
*Baja Organik Clinop Zeolite
Atau lebih di kenali sebagai baja Lahar Gunung Berapi.
Proses pengasingan mineral yang dilombong dipegunungan gunung berapi
Zeolite merupakan kompenen yang sangat bermutu dan bernilai untuk merawat tanah pertanian
Mengubah tahap pH tanah yang masam (level pH 3-5) kepada tahap pH subur iaitu antara 6.0 hingga 6.9
Bentuk atom (honeycomb structure) yang dapat memegang air dan udara dengan lebih efisyen supaya tanah dapat mengekalkan tahap keperluan air dan udara yang diperlukan oleh tanaman
Kandungan mineral yang tinggi terdapat dalam zeolite dapat memulihkan tanah mati. Bagi petani yang banyak mengunakan baja kimia dan racun rumput pada tanaman mereka maka haruslah unsur Clinop Zeolite ada dalam tanah mereka sekurangnya 2 kali setahun untuk meneutralkan kembali tahap pH tanah anda.
1. Rendamkan dalam air, jika ia larut dan hancur dalam masa yang singkat maka pure la naja
tersebut, jika tidak anda dah kena tipu,
2. Zeoilte tidak mempunyai bau atau rasa kerana ia hanya serbuk lahar gunung berapi.
3. Cuba picit hinga pecah ketulan baja tersebut jika ia tidak hancur jadi debu/pasir, terbuktilah ia
local.
Banyak lagi nak saya masukkan dalam arkib ini, jika di beri kesempatan, saya akan muatkan lagi.
HARAP DAPAT MEMBANTU
Comments
Post a Comment
Sila tingalkan komen anda.