Info Ikan Ketutu

















Pengenalan:


Species : Oxyeleotris marmorata Blkr
Nama Panggilan lain:
  • Malay - Ketutu, Haruan Bodoh, Bakukut, Hantu.
  • Chinese, Cantonese - Soon Hock
  • Laotian - Pa bout, Pa bou, Pa boo
  • Thai - Prabu, Pla bu sai, Pla bu, Pla boo sai, Pla boo jack
  • Danish - Marmoreret sovekutling
  • Finnish - Marmoritorkkuja
  • German - Marmorgrundel
  • English -Marbled sleeper, Marble sleeper, Marble goby, Goby
  • Japanese - Kawaanago
  • Indonesian - Ikan malas, Ikan hantu, Ikan bodoh, Ikan bloso, Ikan betutu, Ikan belutu, Ikan bakut
  • Khmer - Damrey, Trey damrei, Trey damrey
  • Vietnamese - Cá bong tuong, Cá Bong
  • Tagalog - Bia

Ikan ketutu adalah ikan air tawar yang mendiami kawasan berair tenang, banyak kayu-kayu mati dan berpasir. Kawasan- kawasan tersebut adalah seperti tasik, empangan, lombong-lombong tinggal dan sungai-sungai. Ikan ini bersisik kecil yang bewarna coklat kehitaman dan bercorak batik di bahagian sisi dan dorsal manakala bahagian ventral berwarna putih kekuningan, ikan ini mengambil masa yang agak lama untuk membesar, kerana sifat pemalasnya, dalamlinkungan 2 tahun dari saiz benih.

Penghasilan ikan ini secara komersil juga tidak banyak kerana penghasilan benih di dalam pusat penetasan tidak banyak berbanding dengan ikan-ikan air tawar yang lain. Faktor-faktor penghalang penghasilan benih ikan ini adalah kekurangan induk yang matang kerana penangkapan yang tidak terhad serta kekurangan induk yang matang kerana kekurangan benih yang dihasilkan dalam hatceri.

Rasa ikan ini yang sangat enak dan digemari ramai menyebabkan permintaan terhadapnya sangat tinggi. Harga pasaran ikan ini mencapai RM90.00 sekilogram di jeti-jeti pendaratan tetapi mencapai harga RM160.00 sekilogram di restoran-restoran terkemuka di bandar-bandar besar.

Cara penternakan:

Jenis kolam

a) Kolam tanah – paling sesuai dan hanya memerlukan korekan sahaja. Nilai ph tanah mesti diuji terlebih dahulu mengikut kesesuaian. Besar faedahnya ia dibuat berhampiran dengan sungai. Kolam penternakan yang dibuat berdekatan dengan kawasan pertanian adalah mesti dielakkan kerana mempunyai risiko pencemaran (semburan racun dan baja)

b) Kolam fiber - tangki plastik (bewarna hitam)- kaedah kedua terbaik. Mudah dipantau dan terkawal. sistem pengairan perlu dijaga jika penternak mengunakan ternakan indoor, ini kerana bahan kimia pada PE tanck akan terdedah pada air jika lama tidak ada salingan air dalamnya. Elakkan dari menggunakan tangki yang bersegi kerana ikan lebih terdedah kepada risiko cedera dimulut dan menjadi sebab untuk ikan ini tidak mahu makan.

c) Kolam konkrit - tidak praktikal untuk spesies ikan ini jika penternak tidak melapit kolam tersebut dengan kain kanvas, ini kerana ikan tersebut hanya akan memburu diwaktu malam, dan sistem penglihatannya agak kabur maka ia akan melangar dinding konkrit dan menyebabkan luka dikawasan mukanya ini akan menyebabkan kematian. Dan Penternakan ikan didalam kolam konkrit atau canvas memerlukan system kitaran air yang effektif. .

  • Ikan ini memerlukan pencahayaan samar-samar oleh itu penyediaan kolam penternakan ikan berbumbung (netting) merupakan salah satu syarat asas. Setiap kolam perlu mempunyai sistem pump untuk pengudaraan oksigen dalm air yang tidak begerak. Perkara paling penting dalam penternakan jenis ini ialah menyediakan habitat yang hampir serupa dan terkawal.
Penyediaan bekalan makanan.

Bagi memastikan bekalan makanan untuk ikan ini terjamin dan menjimatkan kos, ternakan ikan sungai atau udang sebagai bahan makanan ikan ketutu perlu dilakukan. Pilihan terbaik ialah dari spesies ikan dan udang yang kecil dan senang membiak, mudah untuk diperolehi dan tidak mempunyai masalah untuk dibiakkan contohnya ikan ‘guppy’, Sepat, Puyu, Seluang, udang sayur dan sebagainya.




















(RM)


Info Lain:

Ikan Ketutu

Marbled goby atau lebih dikenali ikan ketutu, haruan bodoh, ikan ubi, ikan hantu, belantuk. Merupakan spesies ikan air tawar namun terdapat juga di kawasan air payau kebiasaan gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana. Bersifat karnivor iaitu memakan daging dengan memakan anak² ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil.

Ikan pemangsa ini kawasan seperti lubuk, lombong tinggal dan tasik terutama kawasan mempunyai kayu atau buluh bagi tujuan mencari makanan. Bersifat pendiam dengan aktif pada waktu malam atau keadaan gelap. Ketutu dapat mencapai pembesaran sehingga 50 cm atau 2kg dalam masa 2 tahun.

Sistem lubang yang digunakan dalam ternakan ikan ketutu

Sistem Ternakan

Ketutu diternak kerana permintaan tinggi terhadap rasa dagingnya yang manis, unik dan pejal terutamanya oleh masyarakat asia timur. Terdapat beberapa modul ternakan yang digunakan seperti

  • Ternakan kolam tanah
  • Tangki fiber glass
  • Tangki aquarium
  • Kolam konkrit
Ternakan ketutu dalam tangki aquarium bagi yang mempunyai kawasan yang terhad

Ternakan di dalam kolam tanah disyorkan dengan persekitaran kolam yang lebih menyamai habitat asal. Tangki fiber antara kaedah ternakan bagi yang mempunyai kawasan yang terhad. Sifat agresif ketutu ketika mengambil makanan mendatangkan masalah melalui kaedah ini terutamanya tangki fiber yang berbentuk segi mengakibatkan kecederaan pada mulut ketutu sekaligus membantut permakanannya.

Antara modul ternakan yang diguna pakai

  • Kapasiti kepadatan ternakan 16 ekor /kaki persegi
  • Pencahayaan samar-samar dengan penggunaan tumbuhan akuatik dan plastik hitam sebagai pelindung cahaya
  • Penyediaan sistem lubang menggunakan plastik paip pvc, konkrit atau batang buluh
  • Kedalaman air yang sesuai bagi pengekalkan suhu air dan mengejar anak ikan
  • Ternakan dapat dituai (800-1000gram/ekor) dalam tempoh <>
  • Kandungan oksigen terlarut DO > 5mg/l bagi memastikan kadar pembesaran

Makanan

  • Makanan ternakan terdiri daripada ikan kecil seperti gopy, anak tilapia
  • Daging ikan yang dipotong-potong


Pengetahuan terhadap diet permakanan yang sesuai faktor penting dalam kejayaan ternakan ketutu. Ketutu antara ikan yang air tawar yang mempunyai selera ‘pelik’, di mana ianya boleh berubah selera pada bila-bila masa terutamanya pada peringkat awal ternakan.

Bekalan anak benih

1. Bekalan benih liar iaitu anak ketutu yang ditangkap dari sungai, tasik dan lombong.

2. Pusat pembenihan yang menjalankan pembenihan ketutu.

Bekalan anak ketutu kebanyakkannya diperolehi dari sungai, tasik atau lombong disebabkan proses pembenihan ikan ini yang sukar. Penternak disyor menjalankan pembenihan sendiri bagi menjamin bekalan anak yang berterusan. Kaedah pembenihan semula jadi dengan formasi induk yang diguna dalam sistem pembenihan ketutu 3: 1 dan 1:2 iaitu 3 induk betina dengan 1 induk jantan diletakkan dalam kolam pembenihan. Kadar hidup anak ketutu yang rendah <>

Ketutu antara spesies ikan air tawar yang mempunyai harga tinggi di pasaran, namun faktor kadar pembesaran yang lambat, sumber anak benih yang terhad dan diet pemakanan yang sukar merupakan cabaran yang besar terhadap usaha penternakan pada skala komersial.


Berita:

Ikan ketutu ada harga

KUALA LUMPUR: Tidak ramai menyedari ikan ketutu mempunyai nilai pasaran yang tinggi bukan saja untuk pasaran tempatan, malah di luar negara serta boleh menjana pendapatan lumayan jika diusahakan secara komersial.

Menyedari hakikat itu, Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia (YBKMM) dengan kerjasama Active Surge, Jabatan Perikanan Malaysia dan Commerce Asset Venture Sdn Bhd akan menganjurkan kursus ternakan ikan ketutu khusus untuk golongan ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan belia.

Tujuan utama kursus itu diadakan bagi memberi pendedahan kepada usahawan tani supaya mengetahui dengan jelas mengenai keistimewaan ikan ketutu yang dianggarkan mencecah RM90 sekilogram.

Pengurus Besar Pentadbiran Yayasan Bakti Khidmat Masyarakat Malaysia, Datuk Sheeda Romli, berkata ikan ketutu sudah dikenali di banyak negara seperti Indonesia, China dan Jepun.

“Hanya di kalangan Bumiputera kurang mengetahui mengenai keistimewaan ikan ketutu, padahal ikan ketutu adalah ikan paling mudah penjagaannya dan senang didapati,” katanya.

Ikan ketutu atau Marbled Goby mempunyai banyak nama sampingan seperti Haruan Bodoh, Ikan Ubi, Ikan Hantu dan Belantuk.

Ia adalah spesies ikan air tawar, namun terdapat juga di kawasan air payau dan gemar tinggal di kawasan berlubang dengan persekitaran air berarus tenang dan sederhana.

Ikan ini juga bersifat karnivor dengan menjadikan daging serta anak ikan kecil, udang, siput dan ketam kecil sebagai makanannya.

Ketutu sangat digemari masyarakat Asia Timur kerana rasa dagingnya yang manis, unik serta pejal.

Terdapat beberapa modul ternakan yang digunakan seperti ternakan kolam tanah, tangki gentian kaca, tangki akuarium dan kolam konkrit.

Selain meningkatkan ekonomi, bagi mereka yang hilang punca pendapatan serta tidak dapat pekerjaan sangat digalakkan untuk menyertai kursus penternakan ikan ketutu ini kerana perniagaan ini tidak memerlukan modal yang besar.

Dengan yuran pendaftaran serendah RM250 seorang, peserta akan dibekalkan sijil serta dapat mempelajari teknik penjagaan ikan ketutu dengan berkesan.

Kepada sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Amin di talian 012-6538971 atau Sheeda di talian 014-3252417 untuk pertanyaan lanjut.

Comments

Popular Posts