Pembajaan Kelapa Sawit

Pendahuluan

Selain bergantung kepada semulajadi biomass, tidak dapat dinafikan keperluan nutrien pokok kelapa sawit yang disumbangkan oleh baja bukanlah bahan organik semata-mata.

Pokok kelapa sawit selalunya memerlukan jumlah baja yang tinggi terutamanya yang ditanam ditanah pamah. Selain daripada kos buruh, kos pembajaan merupakan antara input termahal dalam industri ini (Tayeb et al, 1996). Di dalam menyediakan keperluan baja, jenis tanah, pokok dan alam sekitar adalah faktor yang perlu diambil kira juga. Ini dapat memastikan dos yang
optimum dapat dibekalkan (PORIM, 1998).

Kelapa sawit memerlukan unsur Nitrogen dalam jumlah yag banyak bagi memastikan pertumbuhan yang baik dan kadar penghasilan yang tinggi. Adalah dianggarkan keperluan unsur nitrogen dalam baja di Malaysia berdasarkan keluasan tanaman yang ada adalah sebanyak 130,00 tan setiap tahun (Zin et al, 1989). Ini mewakili 63% daripada jumlah keseluruhan penggunaan baja di Malaysia (Tay, 1985) mendapati penghasilan kelapa sawit di kawasan pendalaman semenanjung Malaysia dengan menggunakan baja Urea hanyalah separuh jika dibandingkan dengan penggunaan Ammonium Sulphate. Bedasarkan maklumat terakhir yang diperolehi dan pengalaman yang dikumpulkan, (Hamdan et al, 1996) mencadangkan penggunaan baja seperti dalam jadual dibawah

Jadual 1.1
Unsur Mikro
Penggunaan
Nitrogen (N)
Tidak melebihi 1 kg baja Urea pokok / tahun di kawasan pokok yang telah mencapai tempoh matang.
Fosforus (P)
Tidak melebihi 1.25 kg baja CIRP pokok / tahun di kawasan pokok yang telah mencapai tempoh matang.
Kalium (K)
5 -6 kg / pokok / tahun Mutriate of Potash dan 6 kg / pokok / tahun Bunch Ash di kawasan pokok yang telah mencapai tempoh matang.
Kapur (Lime / GML)
Gunakan Kalsium Karbonat atau habuk batu kapur (Ground Magnesium Limestone), bagaimana pun penggunaannya tidak disyorkan keatas pokok yang belum matang.
Kuprum dan Zink (Cu) dan (Zn)
15 gm Zink Sulfat dan Kuprum Sulfat dimasukkan ke dalam lubang semasa pokok ditanam ( tambahan kepada 150-200 gm CIRP).
Boron (B)
sekiranya nilai boron pada daun kurang daripada 20 ppm, gunakan 100-150 gm baja borate / pokok / tahun.

Di Malaysia, tanah di kawasan pendalaman mempu menghasilkan 30 tan / hektar / tahun kelapa sawit melalui penggunaan baja yang sesuai. Baja minimum yang diperlukan untuk mencapai jumlah ini adalah sebanyak 4 kg Ammonium Sulfate bersama 4 kg Muriate of Potash di dalam semua keadaan dan paling kurang 3 kg Rock Phosphate untuk setiap pokok / tahun kecuali di kawasan tanah laterit (Hamdan et al, 1999) .

Di Puapua New Guinea, Wilkie dan Foster (1996) telah menyatakan tanpa baja bukan organik (Kimia), pengeluaran kelapa sawit hanya sebanyak 23 tan / hektar di kawasan tanah bernutrien tinggi dibanding dengan 8 tan / hektar di kawasan yang tidak subur, ini tidak bermakna bahawa setiap petani perlu bergantung dengan baja kimia semata- mata ini telah kami terangkan dalam post yang sebelum ini, penggunaan baja organik perlu untuk tanaman kerana ia akan kekal dalam fungsi tanah dan menyuburkan keadaan pH tanah, maka para petani perlu bijak dalam mengatur penggunaan baja yang bersifat domistik.

Pengeluaran berjumlah 34- 38 tan / hektar pula dapat dicapai dengan menggunakan 2.5 kg Potassium Cholire, walaupun begitu baja tersebut tidak boleh dibekalkan bersama Triple Superphosphate atau Kleserite. baja Ammonia membantu meningkatkan bilanggan tandan kelapa sawit, sementara Potassium Kloride pula menmbah berat sebiji kelapa sawit. Pelbagai jenis dan cara pengunaan baja yang disarankan oleh pihak pertanian atau pun pihak yang bertanggunjawab dalam hal ini, maklumat diatas hanya sebagai kita berkongsi ilmu pembajaan sahaja, kerana terdapat produk baja di pasaran yang boleh membantu para petani untuk meningkatkan hasil dengan mudah dan cepat, salah satunya akan kami utarakan dalam post ini.

Maka disini saya cuba dalam beberapa cara pembajaan dalam ketegori organik, kimia dan vitamin semburan
Clinop Zeolite (Baja Lahar Gunung Berapi) ianya mempunyai mikro SiO2 atau pun Silica yang tinggi berfungsi sebagai sistem mikro bertindak untuk menarik zat-zat makanan yang terdapat dalam tanah untuk kegunaan tanaman, kadar Silica yang tinggi dalam baja tersebut malahan ia adalah sejenis pure organik yang tidak akan merosakkan tanaman walaupun terlebih penggunaannya, ia sangat sesuai pada peringkat permulaan tanaman.














Penggunaan Baja Organik (CLinop Zeolite)

Umur Anak Benih (bulan)
Kadar Sukatan Baja
1
7 gm dilarutkan dalam 5 liter air dan disiram setiap minggu untuk 100 anak benih
2
1 gm /pokok pada selang seminggu
3 - 4
5 gm /pokok pada selang seminggu
5 - 6
10 gm /pokok pada selang seminggu
7 - 8
15 gm /pokok pada selang seminggu
9 - 10
20 gm /pokok pada selang seminggu
11 - 12
30 gm /pokok pada selang seminggu
UMUR POKOK ( TAHUN )
Kuantiti Baja (kg) - Di sarankan
Kuantiti Baja (kg) - Minima
0 - 5
1 - 3
1
5 - 15
3 - 4
2
Melebihi 15 tahun
4
3

Bersambung untuk rujukan akan datang, insyallah.......

Comments

  1. bagi menentukan penberian baja yang cukup dan perlu (diskriminasi), kaeadah persempelan daun sawit perlu dilakukan.ia akan mengambarkan berapa byk kadar Nutrien utama yang diperlukan oleh pokok iaitu N,P,k,Mg n Boron .jadi tiada berlaku pembaziran di situ.
    inginkan perkhidmatan persempelan pelepah no 17?
    013-7282325

    ReplyDelete
  2. Antara KELEBIHAN baja Green Drops kami :

    1. Tiada masalah serapan walaupun sawit ditanam di tanah berpasir kerana kadar serapan baja kami ke pokok adalah 2 jam sahaja. (Tidak berbulan-bulan seperti baja lain).
    2. Peningkatan mendadak kepada hasil dari hanya 700kg++ per ekar menjadi sehingg 2tan per ekar seawal 2 minggu-3 bulan.
    3. Sijil pengiktirafan daripada MARDI, FELCRA dan lain-lain.
    4. Disahkan OER(kadar perahan sawit) mencecah 29% oleh FELCRA.
    5. Secara purata, berat setandan menjadi 70kg-75kg dan peningkatan dalam jumlah tandan.
    6. Tiada lagi masalah storage kerana dengan hanya sebotol baja organik 500ml kami ini, anda sudah boleh cover sehingga 15 ekar bersamaan hanya 6 Botol untuk 100ekar.
    7. Juga tiada masalah ‘labour cost’ yang tinggi kerana hanya dengan seorang tenaga mahir, proses membaja dengan baja kami hanya memerlukan tidak sampai 2 jam untuk 15 ekar sawit.
    8. Tidak membahayakan alam sekitar kerana tiada unsur yang merosakkan.
    9. Menggalakkan pertumbuhan akar baru yang sihat walaupun pokok yang sudah tua atau 'merajuk'.
    10. Kos baja yang amat murah. 15 ekar hanya memerlukan sebotol 500ml sahaja (hanya RM300), maka kos baja pada seekar hanyalah RM20! (Pembajaan setiap 20-30 hari).
    SMS 0133706529/ layari http://greenfoliar.blogspot.com

    ReplyDelete

Post a Comment

Sila tingalkan komen anda.

Popular Posts