Pengurusan Makhluk Perosak Kelapa
Kawalan Perosak Serangga
Serangan perosak serangga adalah mustahak didalam menggurangkan hasil tanaman. Serangan yang teruk boleh menyebabkan pokok berbuah kecil, tidak lansung mengeluarkan hasil atau boleh menyebabkan kematian tanaman. Perosak-perosak serangga yang penting bagi tanaman kelapa adalah seperti berikut.
Kawalan Penyakit
Kawalan Vertebrat
Musuh-musuh vertebrat tanaman kelapa adalah tikus, lembu, kerbau, kambing, biri-biri, babi hutan dan tupai. Semua perosak tidaklah signifikan atau tidak penting kepada tanaman kelapa kecuali tupai yang dalam keadaan tertentu menjadi perosak serius.
Tupai menjadi perosak ketika pokok berubah. Ia menebuk buah kelapa muda untuk makan isinya. Buah-buah yang ditebuk akhirnya rosak dan gugur. Di kawasan perkampungan dimana kebanyakan tanaman kelapa diselang-seli dengan pokok-pokok yang lain, serangan tupai kadangkala serius. Tupai dapat dikawal secara berkesan dengan cara menembak. Untuk kawalan berkesan petani-petani perlu bekerjasama satu dengan yang lain mengawal perosak ini.
Musuh seperti lembu, kerbau, kambing atau biri-biri biasanya memakan daun-daun ketika semaian dan selepas anak-anak semaian ditanam diladang. Musuh-musuh ini dikawal dengan menghalau dan memagar kebun dengan jenis pagar yang sesuai bagi menyekat musuh-musuh tersebut daripada memasuki kawasan tanaman.
Bagi tanaman kelapa yang ditanam dekat dengan kawasan hutan, serangan babi hutan kadangkala berlaku. Babi hutan merosakkan tanaman kelapa yang masih kecil dengan memakan umbut. Ia dikawal dengan menembak dan menggunakan perangkap. Selain daripada itu, ia boleh juga dikawal dengan memagar kebun atau pokok kelapa secara satu persatu dengan jenis pagar yang sesuai.
Kawalan Rumpai
Di kawasan kelapa terdapat rumpai tahunan selaput tunggul (Mikania micrantha), rumpai saka seperti lalang (Imperata cylindrica), rumput sambari (Eleusine indica) rumput halia hitam(Cyperus rotundus).
Untuk mengatasi masalah ini, kawalan rumput secara integrasi yang merangkumi kawalan secara manual, mekanik, amalam kulkura dan penggunaan racun rumpai adalah disyorkan.
Kawasan Kelapa Muda
Rumpai yang terdapat di sekeliling pangkal pokok kelapa (0.6m garis pusat) boleh dikawal secara manual dengan mencabut dengan tangan atau menggunakan tajak. Jika terdapat rumpai hendaklah dicabut dan dibuang.
Kawalan rumpai hendaklah dijalankan tiap-tiap bulan pada tahun pertama dan dikurangkan apabila pokok kelapa membesar kerana naungan kanopi pokok kelapa menyekat pertumbuhan rumpai. Jalankan kawalan rumpai dengan hati-hati supaya akar pokok kelapa tidak tercedera. Racun rumpai tidak digalakkan kerana ia mungkin akan menyebabkan fitotoksik terhadap tanaman. Pelapah yang dilonggokkan diantara barisan pokok kelapa dapat juga mengurangkan infestasi rumpai.
Kawasan Kelapa Matang
Racun rumpai boleh disyorkan untuk mengawal rumpai yang tumbuh di sekeliling pokok kelapa yang matang. Contohnya Gliphosate, Glufosinate-ammonium dan MSMA. Racun MSMA adalah dari jenis sentuh dan berkesan untuk mengawal pelbagai jenis rumpai semusim. Kadar yang disyorkan 1.0 - 3.0 Kg/Ha bahan aktif. Racun glyfosate pada kadar1.25 - 2.5 Kg/Ha bahan aktif dan glufosate-ammonium pada kadar 0.5 Kg/Ha bahan aktif adalah racun jenis sistemik yang diserap melalui daun batang. Elakkan tempias pada pokok kelapa semasa membuat semburan. Kedua-dua racun ini dapat mengawal rumpai semusim dan saka.

Jenis Penyakit | Bahagian Diserang / Simtom | Syor Kawalan |
1 . Bintik-bintik Daun Disebabkan oleh tiga jenis kulat : i-Culvularia maculans ii-Helminthosporium Incurvatum iii-Pestaliopsis Palmarum | Serangan berlaku semasa pokok masih muda terutama diperingkat tapak semaian. Tanda-tanda penyakit bintik daun ini ialah terdapat bintik-bintik perang yang berbentuk bulat dan bujur dikelilingi oleh lengkawan kuning pada daun. Bintik daun kulat yang disebabkan oleh Culvularia maculans dan Helminthosporium Incurvatum yang paling sering terdapat ditapak semaian. Bintik daun yang disebabkan oleh Pestaliopsis Palmarum spora-spora halusyang berwarna hitam. | Jarakkan anakbenih ditapak semaian agar terdapat pengudaraan dan keadaan tidak akan menjadi terlalu lembab. Jika perlu, disyorkan semburan dengan racun kulat Captan padar kadar 0.2% bahan aktif. |
2 . Hawar Bebenang Putih ( Marasmiellus Semiustus) | Penyakit ini menyerang anak benih kelapa menyebabkan pucuk mati sebelum keluar dari sabut. Sekiranya ia menyerang selepas pucuk keluar, pokok akan kelihatan layu dan terdapat Maisilium putih pada pangkal pokok. | Jaga kebersihan dan pengaliran air yang baik di tapak semaian. Musnahkan anak benih yang teruk diserang. |
Kawalan Vertebrat
Musuh-musuh vertebrat tanaman kelapa adalah tikus, lembu, kerbau, kambing, biri-biri, babi hutan dan tupai. Semua perosak tidaklah signifikan atau tidak penting kepada tanaman kelapa kecuali tupai yang dalam keadaan tertentu menjadi perosak serius.
Tupai menjadi perosak ketika pokok berubah. Ia menebuk buah kelapa muda untuk makan isinya. Buah-buah yang ditebuk akhirnya rosak dan gugur. Di kawasan perkampungan dimana kebanyakan tanaman kelapa diselang-seli dengan pokok-pokok yang lain, serangan tupai kadangkala serius. Tupai dapat dikawal secara berkesan dengan cara menembak. Untuk kawalan berkesan petani-petani perlu bekerjasama satu dengan yang lain mengawal perosak ini.
Musuh seperti lembu, kerbau, kambing atau biri-biri biasanya memakan daun-daun ketika semaian dan selepas anak-anak semaian ditanam diladang. Musuh-musuh ini dikawal dengan menghalau dan memagar kebun dengan jenis pagar yang sesuai bagi menyekat musuh-musuh tersebut daripada memasuki kawasan tanaman.
Bagi tanaman kelapa yang ditanam dekat dengan kawasan hutan, serangan babi hutan kadangkala berlaku. Babi hutan merosakkan tanaman kelapa yang masih kecil dengan memakan umbut. Ia dikawal dengan menembak dan menggunakan perangkap. Selain daripada itu, ia boleh juga dikawal dengan memagar kebun atau pokok kelapa secara satu persatu dengan jenis pagar yang sesuai.
Kawalan Rumpai
Di kawasan kelapa terdapat rumpai tahunan selaput tunggul (Mikania micrantha), rumpai saka seperti lalang (Imperata cylindrica), rumput sambari (Eleusine indica) rumput halia hitam(Cyperus rotundus).
Untuk mengatasi masalah ini, kawalan rumput secara integrasi yang merangkumi kawalan secara manual, mekanik, amalam kulkura dan penggunaan racun rumpai adalah disyorkan.
Kawasan Kelapa Muda
Rumpai yang terdapat di sekeliling pangkal pokok kelapa (0.6m garis pusat) boleh dikawal secara manual dengan mencabut dengan tangan atau menggunakan tajak. Jika terdapat rumpai hendaklah dicabut dan dibuang.
Kawalan rumpai hendaklah dijalankan tiap-tiap bulan pada tahun pertama dan dikurangkan apabila pokok kelapa membesar kerana naungan kanopi pokok kelapa menyekat pertumbuhan rumpai. Jalankan kawalan rumpai dengan hati-hati supaya akar pokok kelapa tidak tercedera. Racun rumpai tidak digalakkan kerana ia mungkin akan menyebabkan fitotoksik terhadap tanaman. Pelapah yang dilonggokkan diantara barisan pokok kelapa dapat juga mengurangkan infestasi rumpai.
Kawasan Kelapa Matang
Racun rumpai boleh disyorkan untuk mengawal rumpai yang tumbuh di sekeliling pokok kelapa yang matang. Contohnya Gliphosate, Glufosinate-ammonium dan MSMA. Racun MSMA adalah dari jenis sentuh dan berkesan untuk mengawal pelbagai jenis rumpai semusim. Kadar yang disyorkan 1.0 - 3.0 Kg/Ha bahan aktif. Racun glyfosate pada kadar1.25 - 2.5 Kg/Ha bahan aktif dan glufosate-ammonium pada kadar 0.5 Kg/Ha bahan aktif adalah racun jenis sistemik yang diserap melalui daun batang. Elakkan tempias pada pokok kelapa semasa membuat semburan. Kedua-dua racun ini dapat mengawal rumpai semusim dan saka.
racun ape yang perlu digunakan untuk kawalan ulat plesispa
ReplyDeleteSila hubungi saya Subri 019-5127764 untuk racun Kumbang Plesispa ( Plesispa Reichei)..sebab saya dah gunakan untuk kebun saya dan dapati Kumbang Plesispa ( Plesispa Reichei)mati..racun ini boleh dicampurkan sekali dgn baja air.
ReplyDeleteAssalamualaikum..maaf, sy nk btya, pyakit pd buah klapa trencat..buah blom sempat besar tp dh gugur dan berkarat pd buahnya.tq

ReplyDelete