Simtom Kekurangan Nutrein Pada Tumbuhan

Penunjuk Simtom Kekurangan Nutrien

Penunjuk yang disediakan ini adalah hasil kajian Drs. J. T. Wooley dan T. C. Broyer (Plant physiol.32.pp.148-151, 1957). Untuk menggunakannya, pastikan dahulu sama ada simtom yang berlaku kelihatan pada daun muda (A1) atau pada daun tua (A2). Kemudian ikutilah arah panduan sehingga nutrien yang berkenaan dapat dikenalpasti.
















Rajah 1 : Panduan menggunakan penunjuk simtom nutrien bagi tanaman.


A1 SIMPTON KEKURANGAN MULA KELIHATAN PADA DAUN MUDA ATAUPUN IANYA BERLAKU TERUK PADA DAUN MUDA

B1 Klorosis (hilang warna hijau daun) diantara urat-urat daun yang muda. (maju ke C1 atau C2).

C1 Bintik-bintik perang kehitaman bersebelahan urat daun Urat-urat yang kecil masih berwarna hijau. Pada daun yang tua, bintik nekrotik (matinya tisu-tisu) warna perang berukuran 2-4mm mungkin kelihatan diantara urat daun berhampiran urat utama. [Mangan (Mn)]

C2 Tiada bintik perang kehitaman. Urat-urat yang kecil, hilang warna hijaunya. Kejadian nekrotik jika ada, boleh berlaku pada mana-mana bahagian namina daun. [ ferum (fe)]

B2 Tiada Klorosis diantara urat-urat yang muda.(maju ke D1 atau D2)

D1 Warna ungu kelihatan pada permukaan belakang daun muda, meliputi yrat daun dan juga di antara urat-urat daun. Permukaan depan daun muda berwarna hijau tua. Saiz daun lebih kecil dan ia melengkung ke bawah. Daun-daun tua mungkin menunjukkan sedikit klorosis atai nokrosis di antara urat daun. [Fosforus (P)]

D2 TiadaWarna ungu dipermukaan belakang daun yang muda. Permukaan depan sering menampakkan kejadian klorosis pada bahagian tengah menghala ke pangkal daun. Tumbesaran terbantut, Nekrosis di antara urat daun sering kelihatan pada bahagian pangkal daun-daun muda. (Maju ke E1 atau E2).

E1 Tisu menjadi rapuh, terutamanya semasa kekurangan air. Nrkrosisberlaku pada tisu muda. Jika tisu ini membesar, daun yang terbentuk berkudut. [Boron (B)].

E2 Tisu menjadi lembut dan lembik walaupun menghadapi masaalah kekurangan air. DAun yang terbentuk akan menjadi tirus dan melengkung ke bawah, tetapi tidak banyak kejadian daun terputar (twisting). [Kalsium (Ca)].

A2 SIMTOM KEKURANGAN KELIHATAN HAMPIR KESELURUHAN BAHAGIAN TANAMAN ATAU BERLAKU TERUK PADA DAUN TUA ATAU PADA DAUN YANG BARU MATANG.

F1 Kejadian Klorosis diantara urat daun, kemungkinan bintik-bintik sederhana (mild mottling) akan kelihatan. (Maju ke G1 atau G2).

G1 Klorosis banyak berlaku pada daun-daun tua (Maju ke H1 atau H2).

H1 Kejadian Klorosis dia antara urat daun adalah jelas. Urat utama daun tetap berwarna hijau. Tanaman biasanya tidak berkeadaan tirus dan memanjang. (Maju ke I1 atau I2).

I1 Klorosis adalah tanda pertama yang akan kelihatan. Pada keadaan yang teruk, daun akan melentik ke atas.

J1 Bintik Nekrotik yang terbenam (sunken) seakan bersinar jika dilihat dari bahgian belakang daun . Daun berwarna kuning cerah atau oren. [Magnesium (Mg)].

J2 Nekrosis akan kelihatan ekoran kejadian kekeringan di antara urat-urat daun dan seterusnya merebak ke tisu-tisu yang lain. Daun yang mengalami masaalah Klorosis ini, tidak mempunyai warna cerah. [Molibdenum (Mo)].

I2 Klorosis bukan tanda pertama yang akan kelihatan. Hujung daun tidak melentik ke atas. (Maju ke K1 atau K2)

K1 Nekrosis pada hujung dan tepi daun yang tua. ianya kelihatan seperti terbakar. Daun tua atau yang baru matang mungkin menampakkan kejadian Klorosis di antaraurat daun. Bintik Nekrotik berwarna perang kehitaman kadangkalakelihatan diantara urat daun.Tiada kejadian kelembapan (guttation) atau terendam air(water soaking) pada tusi-tisu tanaman. [Kalium (K)]

K2 Tiada kejadian nekrosis pada hujung dan tepi daun. Jika tanaman menghadapi masalah kekurangan nutrien yang teruk, hanya daun yang tua sahaja menunjukkan klorosis. Nekrosis kelihatan seperti bintik-bintik yang terbenam. Daun-daun kecil kadangkala menunjukkan bintik nekrotik berwarna kehitaman di antara urat daun. Semasa tanaman menghadapi masalah kekurangan air keadaan pelembapan yang berlebihan akan berlaku dan air yang terkumpul akan menyebabkan tisu menjadi lembut. [ Zink (Zn)].

H2 Kejadiaan Klorosis berlaku secara menyeluruh diamana urat-urat daun akan kehilangan warna hijau. tanaman pada kebiasaannya berkeadaan tirus dan memanjang. (Maju ke L1 atau L2).

L1 Urat-urat daun berwarna merah cerah. Petiol dan petiolul membengkuk (twisted). [Sulfur (S)]

L2 Urat-urat daun berwarna kuning atau mungkin seakan warna merah jambu. Petiol dan petiolul tidak berputar. [Nitrogen (N) ]

G2 Klorosis tidak banyak berlaku pada daun tua. Jika ada, ianya akan kelihatan seperti berbintik-bintik (mottling) di antara urat daun pada daun yang baru matang. Bintik kecil nekrotik berwarna perang kehitaman akan kelihatan pada daun muda atau daun yang matang. (Maju ke M1 atau M2 ).

M1 Nekrotik pada hujung dan tepi daun yang tua kelihatan seperti terbakar. Kemungkinan akan kelihatan klorosis antara urat daunpada daun tua atau yang baru matang. Bintik kecil nekrotik berwarna perang kehitaman mungkin akan kelihatan pada daun.[Kalium (K)].

M2 Nekrosis pada hujung atau tepi daun tidak kelihatan kecuali keseluruhan tanaman mengalami masalah kekurangan nutrien yang serius. Beberapa kesan Nekrotikdihujung daun seringkali akan kelihatan pada daun-daun muda dalam bentuk bintik-bintik kecil Nekrotik berwarna perang kehitaman, terutamanya bersebelahan urat utama daun. [Mangan(Mn)].

F2 Tiada Klorosis di antara urat daun. (Maju keN1 atau N2).

N1 Hujung dan tepi daun layu. Daun tudaik menunjukkan keadaan Perlembapan yang berlebihan. (Maju ke O1 atau O2).

O1 Bintik Nekrotik, Jika ada, mempunyai sempadan yang jelas dan ianya terbenam. Daun tua, melengkung ke atas kelihatan keras (stiff). Urat daun sering mengalami Klorosis. Petiol dan Petiolul membengkok ke bawah. [Kuprum (Cu)].

O2 Nekrosis berwarna gangsa tetapi tidak terbenam dan tiada sempadan yang jelas. Daun tua tidak melengkung keatas. Urat daun tidak mengalami Klorosis. Kejadian Petiol dan petiolul jatuh ke bawah tidak nampak ketara. [Klorin (CI)].

N2 Daun tidak menunjukkan keadaan layu yang serius, kecuali jika petiol mengalami Nekrosis. Jika layu tidak terhap pada bahagian hujung dan tepi daun. Keadaan pelembapan yang banyak dapat dilihat jika tanaman menghadapi masaalah kekurangan air. Ini sering diikuti dengan kejadian tusi menjadi lembik pada bahagian belakang daun. Nekrosis biasa dilihat seperti bintik-bintik bersaiz tidak menentu. [Zink (Zn)].

Comments

Popular Posts